AM

TUANKU MUHRIZ BERANGKAT KE MAJLIS NEGERI SEMBILAN BERSELAWAT

11/01/2020 12:13 AM

KUALA PILAH, 10 Jan -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat ke majlis Negeri Sembilan Berselawat sempena Hari Keputeraan baginda ke-72, di Padang Besar Seri Menanti di sini, malam ini.

Turut berkenan mencemar duli ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud bersama kedua anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan isteri Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof serta barisan Exco kerajaan negeri.

Turut hadir Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad, Tunku Besar Tampin Tunku Syed  Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith.

Keputeraan Tuanku Muhriz adalah pada Selasa ini (14 Jan).

Majlis dimulai dengan lagu kebesaran Negeri Sembilan, disusuli bacaan Asmaul Husna dan doa yang dibacakan Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Majlis yang dihadiri 8,500 hadirin itu turut diserikan dengan persembahan qasidah dan selawat daripada Yayasan Al-Jenderami, Selangor.

Terdahulu, seramai 1,500 jemaah menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti yang ketuai imam masjid berkenaan, Syammil Izuddin Mohamed Yusof.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan