AM

Waktu solat subuh Negeri Sembilan ditambah lapan minit

03/01/2020 07:55 PM

SEREMBAN, 3 Jan -- Waktu solat subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa Isnin hadapan, kata Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Yusof Ahmad.

Katanya, keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan, daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

"Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan, menggunakan parameter altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk dalam menentukan waktu subuh, setelah keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 20 hingga 21 Nov tahun lepas.

“Selaras dengan dengan perubahan ini, semua  masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan hendaklah menggunakan azan subuh mengikut perubahan yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pegawai Ustaz Mohd Rashidi di talian 06-7652428 atau Ustaz Shamsul Zahri Mohd Salleh di talian 06-7652418.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan