AM

JOM BELAJAR DI ILP MARANG

18/12/2019 12:07 PM

MARANG, 18 Dis (Bernama) -- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa menyertai kursus Sijil Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang untuk pengambilan pelajar bagi kemasukan Januari 2020.

Penolong Pengarah, Jabatan Pengurusan Pelajar dan Latihan ILP Marang, Ahmad Nukhaie Berahim berkata yuran pengajian, asrama dan makan minum sepanjang kursus adalah percuma.

"Selain itu, pelajar juga diberi elaun wang saku RM100 sebulan sepanjang latihan dan RM300 semasa menjalani latihan industri. Mereka akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan Sijil Teknologi Perindustrian (JTM) selepas tamat latihan," katanya kepada Bernama hari ini.

Selain pelajar lepasan SPM, tawaran tersebut turut dibuka kepada belia di bawah 35 tahun dengan syarat lulus Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan dan satu matapelajaran lain dalam SPM.

ILP Marang ialah sebuah Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan pekerjaan kepada komuniti  setempat.

Sehubungan itu, mereka yang berminat boleh memohon di pautan https://bit.ly/2OXTnPo atau lawati laman sesawang  ILP Marang di http://www.ilpmrg.gov.my atau hubungi di talian 09-6189000/09-6189029/09-6189043 untuk maklumat lanjut.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan