BERITA TERGEMPAR | Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | |
IPOH, 11 Dis -- Pihak kontraktor iaitu Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd sedang menjalankan kerja penutupan lubang seluas tiga meter yang terbentuk akibat tanah mendap di Jalan Pasir Putih Lahat berhampiran Balai Bomba Pasir Puteh di sini, tengah hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan sedang dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.
"Pihak JKR menerima laporan pukul 1 tengah hari ini dan mendapati kejadian tanah mendap itu berlaku akibat 'kaviti kerja pipe jacking' oleh pihak kontraktor berkenaan.
"Syarikat Mangkubumi sedang melaksanakan kerja tambakan lubang mengikut spesifikasi jalan JKR," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Menurutnya, pihak polis dan JKR sedang mengalihkan aliran trafik ke lorong bertentangan dengan mengikut pelan pengurusan trafik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial