AM

Perubahan lalu lintas di sebahagian jalan di Kuala Lumpur

09/12/2019 07:35 PM

KUALA LUMPUR, 9 Dis -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuat penukaran aliran lalu lintas di persimpangan Jalan Maharajalela/ Jalan Sultan Sulaiman, di sini, pada 14 Dis ini bermula pada 12.01 tengah malam (Sabtu).

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad dalam satu kenyataan berkata perubahan ini melibatkan aliran trafik yang datang dari arah Jalan Sultan Sulaiman dibenarkan membelok ke kiri sahaja dengan kawalan lampu isyarat.

Kenderaan dari Jalan Sultan Sulaiman pula perlu menggunakan Bulatan Sultan Muhammad untuk menghala ke Jalan Petaling/ Loke Yew/ Jalan Cheras.

Sementara itu,  aliran trafik dari Jalan Kuching/ Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Loke Yew/ Jalan Cheras akan dijadikan laluan ‘free-flow’ tanpa kawalan lampu isyarat di persimpangan Jalan Maharajalela/ Jalan Sultan Sulaiman.

Kenyataan itu juga antara lain menyebut laluan ‘free-flow di persimpangan ini dijangka dapat melancarkan pergerakan trafik yang menghala ke Jalan Loke Yew/ Jalan Cheras terutamanya pada waktu puncak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan