AM

SPRM diminta siasat projek kapal 'Littoral Combat Ship' yang gagal diserahkan kepada kerajaan

21/11/2019 04:10 PM

PUTRAJAYA, 21 Nov  -- Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  berhubung projek pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang gagal diserahkan mengikut jadual. 

Projek bernilai RM9.128 bilion itu telah dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan.

Presiden PVTLDM Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid berkata walaupun RM6 bilion telah dibayar tetapi tiada sebuah LCS pun diserah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) walaupun mengikut kontrak yang ditandatangani pada Januari 2014, LCS 1 sepatutnya diserahkan pada April 2019.

"Kita meminta supaya SPRM membuat siasatan ke atas perlaksanaan kontrak ini sama ada berlaku salah urus atau perlakuan rasuah apabila Menteri Pertahanan  Mohamad Sabu memaklumkan di Parlimen bahawa BNS memerlukan tambahan RM1.4 billion lagi,” katanya.

Tambahan peruntukan tersebut adalah bagi membolehkan mereka menyiapkan projek dengan membekalkan LCS 1 pada April 2022 berbanding tarikh asal iaitu April 2019 dan LCS 6 pada April 2023, katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Pihak SPRM mengesahkan menerima laporan berkenaan.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan