AM

Tun Dr Mahathir Mohamad sihat

19/11/2019 03:41 PM

KUALA LUMPUR, 19 Nov  -- Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan selepas mengalami sedikit pendarahan hidung.

Menurut satu mesej yang dikongsi bersama pengamal media oleh Pejabat Perdana Menteri, berita yang menyatakan perdana menteri bergegas untuk mendapatkan rawatan adalah tidak benar.

“Beliau bertugas seperti biasa,” menurut mesej itu lagi.

Sebuah organisasi media melaporkan Dr Mahathir menamatkan lebih awal sidang medianya pada Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa 2019 (PIPOC) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini, hari ini, didakwa disebabkan mengalami pendarahan hidung.

Sementara itu, seorang pembantu khas perdana menteri berkata Dr Mahathir, malah,  turut melihat kereta menggunakan kuasa biodiesel selepas bercakap kepada media.

“Beliau okay sebab selepas pc (sidang media), Tun pergi tengok kereta biodiesel,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

  “So tak betullah (media) cakap (beliau) bergegas untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata pembantu khas itu.

-- BERNAMA  


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan