KOTA KINABALU, 16 Nov -- Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera parah setelah kereta dinaiki mereka terbabas di bahu jalan dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Pintasan Tuaran hari ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Amirul Izzat Rahmat, 21, yang tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaiki, menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Kota Kinabalu.
Empat mangsa yang parah ialah Zulhafiz Pasaran, Mohd Zulhilmi Abdullah, Faizam Fasal, masing-masing berumur 19 tahun dan Hafiz Saruji, 23, dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.
Selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.17 pagi, Balai Bomba Penyelamat Lintas bergegas ke lokasi kejadian bersama lima anggota dan dua buah jentera penyelamat, jelas kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial