EKONOMI

Empat juruaudit Malaysia dilantik sebagai ahli jawatankuasa IIA global, serantau

11/11/2019 04:45 PM

KUALA LUMPUR, 11 Nov  -- Institut Juruaudit Dalaman (IIA) melantik empat juruaudit dari Malaysia sebagai ahli jawatankuasa global dan serantau sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan mereka yang konsisten dan cemerlang kepada organisasi, selain sokongan terhadap kerjaya tersebut.

Mereka terdiri daripada Ranjit Singh Taram Singh, yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah IIA, Philip Satish Rao (jawatankuasa perhubungan antarabangsa global) Christine Ong May Ee (jawatankuasa sokongan global) dan Lucy Wong Kam Yang (setiausaha konfederasi Asia Institut Juruaudit Dalaman)

Dalam kenyataan, Presiden IIA Malaysia Alan Chang Kong Chong berkata ahli jawatankuasa dipilih berdasarkan merit, komitmen kepada kerjaya dan semangat berdaya saing untuk inisiatif IIA.

“Ini menunjukkan bahawa ahli kami bulan sahaja mampu menyesuaikan diri dengan proses baharu, bahkan komited kepada pembelajaran dan pengembangan kerjaya, terutama ketika Malaysia mengguna pakai lebih banyak inisiatif digital,” katanya.

Global IIA ialah badan bebas terbesar yang mewakili kepentingan kerjaya menerusi sokongan, latihan, penyelidikan, garis panduan dan program pensijilan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan