DUNIA

Ekspatriat Vietnam di uk peringati 39 mangsa tragedi kontena lori di Essex

08/11/2019 08:33 PM

LONDON, 8 Nov -- Satu delegasi terdiri daripada petugas Kedutaan Vietnam dan anggota persatuan ekspatriat serta pelajar Vietnam di United Kingdom yang diketuai Duta Besar Tran Ngoc An telah meletakkan kalungan bunga di Thurrock Council pada Khamis bagi memperingati 39 rakyat Vietnam, mangsa tragedi kontena lori di Essex.

Terdahulu pada hari yang sama, mangsa telah disahkan secara rasmi sebagai rakyat Vietnam.

Mereka ditemui mati dalam sebuah kontena lori di Essex, yang terletak di timur laut London, UK pada 23 Okt, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

 Sebagai maklum balas kepada berita itu, Kedutaan Vietnam telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan kesedihan yang mendalam dan menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa.

 Kedutaan itu berjanji untuk menyelaras dengan satu delegasi antara sektor Vietnam yang kini bekerja di UK serta agensi-agensi yang relevan di Vietnam mahupun UK untuk menghantar pulang jasad mangsa secepat mungkin.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan