OTTAWA, 8 Nov -- Sepasukan doktor Kanada telah berjaya menyempurnakan pembedahan aneurisma otak pertama di dunia yang dibantu robot, sekali gus memberikan harapan untuk rawatan lebih baik kepada pesakit aneurisma dan strok, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan rangkaian televisyen tempatan CTV pada Khamis.
Pesakit wanita berusia 64 tahun itu memiliki aneurisma otak yang besar dan berisiko pecah. Semasa pembedahan selama dua jam setengah itu, pakar dari Hospital Toronto Barat menavigasi katerer mikro ke otak pesakit menerusi insisi kecil di lipatan pahanya.
Berpandukan sinar-X, ahli neuroradiologi menggunakan sistem robotik untuk meletakkan sten bagi membina semula arteri dan mengimplan gegelung untuk memotong bekalan darah aneurisma.
Pesakit dibenarkan keluar dari hospital pada hari berikutnya dan kini dalam fasa pemulihan di rumah.
Ahli neuroradiologi itu dipetik sebagai berkata teknologi tersebut telah membawa "banyak ketepatan kepada intervensi rumit yang perlu dilakukan bagi merawat aneurisma otak."
Pembedahan itu juga boleh dilakukan bagi merawat strok iskemik, yang menyekat pengaliran darah ke otak, menurut laporan tersebut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial