AM

Datuk Yong dilantik Timbalan Ketua Polis KL - Bukit Aman

25/10/2019 12:15 AM

KUALA LUMPUR, 24 Okt -- Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa pada 25 Nov ini.

Arahan pertukaran melibatkan 10 pegawai kanan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman malam ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, tempat Yong akan digantikan oleh Ketua Pusat Pengajian Sains Perisikan dan Kajian Strategik, Maktab PDRM, Kuala Lumpur, Datuk Tan Chong Jin.

Pertukaran lain termasuk Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Dr Laila Ali dilantik sebagai Timbalan Pengarah JIPS dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Asmawati berkata, nama yang lain yang turut tersenarai ialah ACP Dalbir Singh Tanah Singh yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Selain itu, ACP Lukas Aket dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman yang turut memangku pangkat SAC.

Dalam pada itu, ACP Che Zamani Che Awang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah, Supt Nor Omar Sappi dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Manjung di Perak dan Supt Soffian Santong dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Timur Laut di Pulau Pinang dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan