AM

Pemilik akaun Twitter Navin Pillai dikehendaki polis

23/10/2019 07:34 PM

KUALA LUMPUR,  23 Okt  -- Pemilik akaun Twitter Navin Pillai kini disenarai sebagai orang dikehendaki polis, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

Individu berkenaan sebelum ini dilaporkan memuat naik gambar Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kapsyen jelik.

Huzir berkata semakan mendapati individu itu keluar dari negara ini sejak 2007 dan disyaki kini berada di New Zealand.

"Tetapi kami tidak mendapat bantuan dari negara itu kerana tidak menjadi kesalahan di luar negara. 

"Oleh itu, Navin diletakkan dalam senarai ‘wanted’ dan apabila dia kembali ke negara ini, tindakan akan diambil atau boleh dituduh," katanya. 

Sebelum ini, polis menerima dua laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Jalan Tun Razak dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

--  BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan