JOHOR BAHRU, 23 Okt -- Seramai 510 mangsa melibatkan 111 keluarga terjejas ekoran banjir di dua daerah di negeri ini setakat pukul 8 pagi ini berbanding 195 mangsa daripada 47 keluarga yang direkodkan pukul 9 malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon berkata kesemua mangsa banjir di daerah Pontian dan Johor Bahru itu ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS).
“Sebanyak 111 keluarga yang terjejas itu adalah dari empat kampung di Pontian iaitu Kampung Parit Basilam, Kampung Maju Jaya, Kampung Melayu Batu 30 Bukit Panjang, Kampung Seri Bunian dan satu di Johor Bahru iaitu Kampung Ulu Pulai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Daripada enam PPS itu, dua PPS di daerah Pontian iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Adnan dan Balairaya Kampung Seri Bunian baru sahaja dibuka pagi ini.
PPS lain yang sedang beroperasi ialah Madrasah Parit Basilam, SK Seri Bukit Panjang, Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai dan satu di daerah Johor Bahru iaitu SK Kampung Pulai, Gelang Patah.
Semalam, Tan dilaporkan berkata banjir turut berlaku di daerah Muar dan Batu Pahat, namun tiada PPS dibuka setakat ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial