AM

Isu RM90 juta: Nasharudin bakal didakwa esok - SPRM

22/10/2019 02:11 PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt  -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan akan mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan petang ini,  SPRM telah mendapat izin daripada Peguam Negara bagi menuduh Nasharudin pada pukul 9.00 pagi esok.

"Nasharudin bakal menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut mengesahkan telah menahan Nasharudin pada pukul 2.00 petang ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyaki daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Menurut kenyataan itu, kesemua maklumat berkaitan kes berkenaan akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan