AM

Mangsa banjir di Perak berkurangan setakat 12 tengah hari

20/10/2019 01:37 PM

IPOH, 20 Okt -- Mangsa banjir di Perak berkurangan kepada 219 orang setakat tengah hari ini berbanding 241 mangsa, pagi tadi.

Menurut jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak, semua mangsa daripada 61 keluarga itu masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan setakat 12 tengah hari.

"Manakala PPS di daerah Hulu Perak iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pengkalan Ikan di Lenggong yang menempatkan empat penduduk membabitkan satu keluarga telah ditutup pada pukul 9 pagi tadi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Klah Baru di daerah Batang Padang yang menempatkan seramai 18 penduduk membabitkan empat keluarga dari Kampung Sungai Klah Baru, Sungkai turut ditutup pada pukul 12 tengah hari.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan