KUALA LUMPUR, 18 Okt -- Pengarah Eksekutif Kumpulan Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB) Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree akan bersara selepas berkhidmat dengan kumpulan itu lebih daripada 15 tahun bersama.
CMSB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia telah melaksanakan pelan penggantian yang terancang, terukur dan mantap dalam tempoh 12 bulan lepas sebagai persediaan bagi penyusunan semula strategik.
Jawatan Syed Ahmad Alwee akan diambil alih oleh Datuk Isaac Lugun, yang akan berkhidmat sebagai pengarah urusan kumpulan.
“Isaac sangat dihormati kerana kemahiran kepimpinannya, kepintarannya dalam perniagaan dan keupayaannya dapat mengenal pasti secara berterusan peluang perniagaan strategik dan menukarkannya menjadi penggerak penting,” kata CMSB.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial