EKONOMI

Unit Vizione disenarai pendek untuk bangunkan Empangan Papar, Sabah

16/10/2019 08:52 PM

KUALA LUMPUR, 16 Okt -- Vizione Holdings Bhd mengumumkan bahawa syarikat usaha samanya dengan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd (PMCSB) menerima surat hasrat (LOI) dari Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi pembangunan Empangan Papar dan kerja-kerja bekalan air yang berkaitan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, firma pembinaan itu berkata LOI itu memaklumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan PMCSB telah disenarai pendek dan meminta untuk berbincang dengan JANS mengenai terma dan syarat untuk mereka bentuk dan membangunkan projek itu.

“Projek tersebut mempunyai kapasiti membekalkan 1,000 juta liter bekalan air sehari dan menjana 100 MW elektrik. Kapasiti empangan itu dijangka menyediakan sumber air yang strategik kepada rakyat Sabah, sekali gus memenuhi keperluan air di Kota Kinabalu dan pantai barat Sabah untuk 50 tahun akan datang,” menurut syarikat itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memaklumkan mengenai nilai projek.

Mengenai rasional melaksanakan kerja tersebut, Vizione berkata ia akan memperluas asas pelanggan, meningkatkan nilai kontrak kumpulan dan mewujudkan aliran pendapatan yang kukuh.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan