PHNOM PENH, 10 Okt -- Mesyuarat Menteri-Menteri mengenai Alam Sekitar ke-15 (AMME 15) dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di Siem Reap, Kemboja pada Rabu mengeluarkan kenyataan bersama mengenai pencapaian negara anggota dalam menangani isu alam sekitar, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Dalam kenyataan itu, mesyuarat itu mengakui pencapaian dan kemajuan serta kerjasama terhadap menangani beberapa isu alam sekitar, khususnya tindakan dan inisiatif yang diambil untuk menggalakkan lagi kerjasama alam sekitar di rantau ini.
Menteri-menteri berkenaan menyedari bahawa isu alam sekitar rentas sempadan seperti perubahan iklim dan pencemaran marin sebagai cabaran yang memerlukan tindakan kolektif serantau.
Sesi ke-25 Persidangan Pihak-Pihak (COP25) ke Konvensyen Rangka Kerja mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC), yang akan berlangsung pada 2 hingga 13 Disember 2019 di Santiago, Chile, termasuk perjumpaan acara ASEAN di bawah pavilion Indonesia dan Thailand di selekoh COP25 diharapkan akan menghasilkan lebih banyak kejayaan.
Mesyuarat turut mengesahkan Penyataan Bersama ASEAN mengenai Perubahan Iklim untuk dipertimbangkan oleh ketua negara.
Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai Persidangan ASEAN ketiga mengenai Biodiversiti (ACB2020) akan diadakan di Putrajaya, Malaysia, pada 16 hingga 19 Mac 2020.
Anggota mesyuarat turut menyuarakan kebimbangan mereka mengenai masalah jerebu yang menjejaskan banyak negara ASEAN, baru-baru ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial