BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 EKONOMI

Felcra, Baladna akan wujudkan ladang tenusu terbesar Malaysia

10/10/2019 06:48 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Felcra Bhd dan pengeluar produk tenusu terbesar di Qatar, Baladna Food Industries W.L.L, berhasrat untuk mewujudkan ladang tenusu terbesar di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang, sejajar dengan Dasar Jaminan Makanan Negara.

Pengerusi Felcra Datuk Nageeb Wahab berkata di bawah kerjasama ini, kedua-dua syarikat menyasarkan untuk menghasilkan 50 juta liter susu menjelang 2021, dan menambah bahawa lima lokasi di wilayah utara dan tengah serta Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk cadangan itu.

“Kami berharap boleh memenuhi permintaan domestik yang ketika ini bergantung sepenuhnya kepada import,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua syarikat itu di sini hari ini.

Di bawah MoU itu, Felcra akan menyediakan kemudahan tanah manakala Baladna akan menyediakan teknologi dan juga ternakan.

“Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada Felcra untuk jangka masa panjang dan kami percaya ia akan memberi kesan positif ke atas pendapatan di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Eksekutif Baladna Ramez Al Khayyat berkata kerjasama itu adalah peluang terbesar untuk syarikatnya kerana sektor pertanian Malaysia sedang berkembang.

 "Dengan kerjasama antara Baladna dan Felcra, kami percaya kami boleh mendominasi pasaran tempatan menerusi model perniagaan yang lestari dan sokongan kerajaan,” tambahnya.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan