AM

Dua ADUN ditahan disyaki sokong pertubuhan pengganas

10/10/2019 03:06 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt  -- Dua Ahli Dewan Undangan Negeri ditahan kerana disyaki menyokong pertubuhan pengganas.

Perkara itu disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Bernama. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Satu sidang media akan diadakan di Bukit Aman pada 4 petang ini berhubung perkara itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan