KUALA LUMPUR, 3 Okt -- Kenanga Research mengekalkan saranan “outperform” (jual sederhana) bagi saham MISC Bhd susulan kontrak carter tiga tahun yang diperoleh daripada Petronas baru-baru ini.
Kontrak bernilai RM117 juta (US$28 juta) itu ialah bagi sebuah kapal bunker gas cecair (LNG) (melalui usaha sama 51:49 dengan Avenir LNG Ltd) untuk operasi terutamanya di perairan Malaysia dan Singapura. Ia dijangka bermula pada suku pertama 2020.
Firma penyelidikan itu berkata walaupun saiz kontrak tersebut mungkin hanya menyumbang jumlah yang kecil kepada pendapatan dan lembaran imbangan syarikat, ia merupakan penerokaan pertama MISC ke dalam bahagian kapal bunker.
“Oleh itu, kami percaya ini boleh menyediakan lebih banyak peluang kontrak dalam bahagian ini di masa depan. MISC juga menyasar untuk memanfaatkan pasaran penyimpanan pengeluaran terapung dan pemunggahan (FPSO) global, mengenalpastinya sebagai satu daripada bidang pertumbuhan utama untuk syarikat terus berkembang.
“Kami dimaklumkan bahawa syarikat itu sedang bersiap sedia untuk membida projek FPSO mega di Brazil menjelang akhir tahun ini, dengan perbelanjaan modal sebanyak US$2 bilion,” kata firma itu dalam nota penyelidikan.
Kenangan Research mengekalkan harga sasaran MISC tidak berubah pada RM8.80 sesaham.
“Kami terus menyokong MISC, memandangkan dividennya yang stabil dengan kadar hasil sekitar empat peratus. Ia adalah antara yang terbaik dalam kalangan konstituen saham FBM KLCI, yang seterusnya menyediakan pertahanan bagi saham itu, selain juga membantu mengehadkan risiko penurunan saham untuk tempoh jangka panjang.
“Risiko kepada saranan kami termasuklah kadar carter yang lebih rendah daripada diunjurkan, ringgit yang lebih kukuh daripada dijangkakan, bilangan kapal beroperasi yang lebih rendah daripada jangkaan, dan kelembapan ekonomi global,” kata firma itu.
Pada 10.37 pagi, harga saham MISC naik dua sen kepada RM7.86 dengan 457,400 saham bertukar tangan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial