NEW DELHI, 23 Sept -- Acara golf anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menerima sambutan mengalakkan di kalangan warga diplomatik dan ahli perniagaan.
Jumlah peserta tahun ini meningkat 60 orang berbanding 40 pada kejohanan tahun lepas. Acara "Merdeka Golf 2019" yang diadakan pada Ahad itu turut mendapat banyak tajaan daripada syarikat Malaysia.
Antara peserta yang mengambil bahagian termasuk diplomat dari negara seperti Bhutan, Brunei, China, Fiji, Indonesia, Jepun, Kenya, Filipina, Sepanyol dan Thailand.
"Sambutan diterima amat menggalakkan. Kami berharap ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara pegawai diplomatik dan sektor korporat," kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Hidayat Abdul Hamid.
Acara turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh sekumpulan artis dari Sarawak.
"Acara Merdeka Golf julung kali diadakan tahun lepas dan tahun ini banyak penambahbaikan telah dilakukan. Sokongan daripada syarikat Malaysia banyak membantu kami menjayakan acara kali ini," kata Penasihat Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia merangkap pengerusi jawatankuasa penganjur, Kolonel Dr Ahmad Sham Baharin.
Petronas merupakan penganjur bersama dengan Tenaga Nasional, Ingress, Air Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan Tourism Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial