EKONOMI

APLIKASI WECHAT BAKAL BERI MANFAAT KEPADA TIGA JUTA PELANCONG CHINA

24/09/2019 11:04 AM

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Seramai tiga juta pelancong China bakal mendapat manfaat daripada program WeChat Go Malaysia Mini mulai hari ini, aplikasi interaktif, untuk mencari apa-apa maklumat dan tarikan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Wong Heang Tuck berkata, program ini berfungsi sebagai platform utama untuk menarik pengunjung China, ia direka melalui kerjasama dengan Tourism Malaysia bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. 

"Melalui panduan interaktif dalam Bahasa Cina, program mini ini membolehkan pengalaman perjalanan digital mengenai tarikan, makanan, kebudayaan dan tempat membeli-belah di Malaysia," katanya semasa pelancaran program mini WeChat Go Malaysia Mini di sini hari ini.

Ia juga membolehkan pelancong untuk membayar menggunakan mata wang mereka iaitu renminbi bagi perkhidmatan di Pos Malaysia, KLIA Ekspres, TripCarte dan CatchThatBus. 

"Pelawat boleh memilih senarai poskad dan Pos Malaysia akan mencetak serta menghantarnya ke mana-mana alamat di China. Mengenai KLIA Ekspres, pelancong boleh menempah dan membayar tiket sebelum memulakan perjalanan kereta api untuk pemindahan lapangan terbang. 

"Sementara itu, pelancong boleh menempah dan membayar tiket ke tarikan pelancongan di Malaysia dengan menggunakan TripCarte. CatchThatBus jugat membenarkan mereka untuk menempah dan membayar tiket bas sebelum perjalanan," kata Wong lagi.

Selain program tersebut, penyedia telekomunikasi U Mobile, turut bekerjasama dengan WeChat untuk melancarkan Program Mini Pavilion KL pada 1 Okt ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (peruncitan) Pavilion KL, Datuk Joyce Yap berkata ia bertujuan untuk meningkatkan pengalaman menjamu selera dan membeli-belah pelancong. 

"Mereka boleh membuat tempahan, pesanan dan membayar makanan, di lebih daripada 30 peniaga makanan dan minuman yang mengambil bahagian.

"Mereka boleh berbuat perkara yang sama di stor runcit dan fesyen melalui program mini ini dan hanya perlu mengambil tempahan mereka selepas siap disediakan," katanya semasa berucap pada Program WeChat Go Malaysia Mini. 

Tahun lepas, terdapat 2.9 juta pengunjung China yang datang ke Malaysia. 

WeChat pula mempunyai seramai 1.1 bilion pengguna aktif di seluruh negara.

— BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan