AM

Masjid disaran adakan solat sunat istisqa selepas solat Jumaat

18/09/2019 09:09 PM

KUALA LUMPUR, 18 Sept  -- Semua masjid di seluruh negara disaran melaksanakan solat sunat Istisqa selepas menunaikan solat Jumaat bagi memohon doa diturunkan hujan supaya masalah jerebu dapat dikurangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata sebagai seorang Muslim, setiap umat Islam perlu berdoa supaya segala masalah dan musibah dikurangkan.

“Oleh itu, saya menyeru semua masjid mengadakan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan dan mengurangkan jerebu. Semoga Allah memelihara negara ini daripada jerebu serta bencana yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak merekodkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada sederhana kepada tahap sangat tidak sihat iaitu 200 sehingga menyebabkan sebanyak 1,484 sekolah di tujuh negeri diarahkan tutup hari ini.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan