AM

Jerebu: 337 sekolah di Sarawak ditutup hari ini

18/09/2019 11:54 AM

KUCHING, 18 Sept  -- Sebanyak 337 sekolah di sembilan daerah di Sarawak di tutup hari ini akibat jerebu.

Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan berkata ia melibatkan 56 sekolah menengah dan 81 sekolah rendah di Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Sri Aman, Lundu dan kawasan terbaru hari ini, Kanowit.

Seramai 138,384 pelajar terjejas akibat penutupan sekolah hari ini, menurut kenyataan berkenaan.

Berdasarkan data dikongsi Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), keadaan kualiti udara di kebanyakan tempat semakin baik dengan Sri Aman tidak lagi berada pada tahap bahaya.

Menurut Ketua Sekretariat JPBN, Mejar Ismail Mahedin, Sri Aman pada 8 pagi ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara 239 iaitu sangat tidak sihat, berbanding 354 iaitu dalam kategori bahaya pada 12 tengah malam, semalam.

Kualiti udara di Kuching juga bertambah baik pagi ini dengan bacaan IPU 173 berbanding 203 yang direkodkan pada 12 tengah malam, semalam. 

Lapan lagi kawasan lain kekal mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Samarahan (154), Sarikei (157), Sibu (166), Bintulu (120), Mukah (137), Samalaju (102), ILP Miri (120) dan Miri (125).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan