EKONOMI

Laporan menyeluruh PR1MA akan dibentangkan setelah bahagian kewangannya diterima

12/09/2019 05:58 PM

PUTRAJAYA, 12 Sept -- Laporan penilaian menyeluruh untuk mengenal pasti hala tuju skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibentangkan ke Kabinet sebaik sahaja bahagian terperinci berkaitan kewangannya diterima, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata terdapat dua bahagian bagi laporan tersebut iaitu kewangan dan pengurusan.

Penilaian menyeluruh ke atas kewangan PR1MA akan diterima pada bila-bila masa dari sekarang manakala bagi bahagian pengurusan pula telah diterima, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini, hari ini.

Dilaporkan sebelum ini bahawa PR1MA mengalami liabiliti berjumlah RM23 bilion, bagaimanapun selepas setahun, agensi perumahan itu dapat menyelesaikan 50 peratus daripada masalah mereka dan mengurangkan liabiliti kepada RM12 bilion.

Zuraida berkata kerajaan telah memberikan jaminan bahawa tidak akan menamatkan PR1MA dan komited untuk memastikan semua projek berkaitan agensi perumahan itu dapat disiapkan.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan