DUNIA

Indonesia tarik balik sekatan internet di Papua

06/09/2019 02:50 PM

JAKARTA, 6 Sept  -- Kerajaan Indonesia menarik balik sekatan terhadap perkhidmatan internet yang dikuatkuasakan akibat rusuhan tercetus di wilayah Papua dan Papua Barat yang meragut tiga nyawa manakala beberapa lagi cedera, lapor agensi berita Xinhua.

"Kerajaan beransur-ansur menarik balik sekatan itu bermula Rabu malam di beberapa kawasan," jelas kenyataan Kementerian Maklumat dan Komunikasi.

Terdapat sepuluh kawasan masing-masing di wilayah Papua dan Papua Barat tertakhluk kepada sekatan itu.

"Kerajaan menggesa (semua pihak) agar tidak menyebarkan maklumat palsu, menghasut dan melakukan provokasi melalui media sosial, supaya sekatan terhadap perkhidmatan internet dapat ditarik balik sepenuhnya secepat mungkin," katanya.

Wilayah Papua dan Papua Barat dibelenggu satu siri protes yang bertukar kepada keganasan sejak 19 Ogos, mengakibatkan seorang askar dan dua orang awam terbunuh sementara ramai lagi cedera.

Keadaan itu memaksa pihak berkuasa keselamatan menghantar pasukan polis untuk membantu meleraikan rusuhan. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan