AM

Pensyarah UiTM maut, motosikal terbabas

05/09/2019 10:54 PM

KUALA LUMPUR, 5 Sept -- Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Sungai Buloh maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Hospital dekat sini hari ini.

Noor Izham Ismail, 40, disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Supt Azman Shari’at berkata ketika kejadian yang dilapor pada pukul 8.20 pagi itu, pensyarah yang berasal dari Kajang itu dalam perjalanan ke universiti berkenaan.

“Mangsa disyaki terbabas akibat melanggar tiang lampu jalan lalu terjatuh atas jalan raya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati lokasi kemalangan tidak mempunyai kamera litar tertutup dan setakat ini tiada saksi yang tampil membantu siasatan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan