AM

Adukan ke SKMM jika dimasukkan dalam kumpulan Whatsapp ada bahan lucah

06/09/2019 04:16 PM

CYBERJAYA, 5 Sept -- Mereka yang dimasukkan tanpa izin ke dalam kumpulan WhatsApp yang menyebarkan bahan-bahan lucah boleh mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak.

Ketika memberi respons kepada isu penubuhan sebuah kumpulan WhatsApp terbaru awal hari ini bertajuk 'Video Terkini Azmin', Al-Ishsal berkata mereka yang mendapati nama mereka dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp seumpama itu, bolehlah menangkap gambar skrinnya (screen capture) dan menghantarnya ke talian aduan WhatsApp SKMM. 

"Kerana nombor telefon orang yang memasukkan nama mereka ke dalam kumpulan itu ada di situ. SKMM akan menyiasat perkara itu bersama polis. SKMM akan bertindak sekiranya mendapat aduan," katanya ketika ditemui pada majlis taklimat media mengenai Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara di SKMM di sini hari ini. 

Al-Ishsal berkata SKMM akan mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara-perkara membabitkan kumpulan WhatsApp.

Ditanya sama ada individu berprofil tinggi dikaitkan dengan kumpulan WhatsApp itu, beliau  berkata: "Kami (SKMM) menangani setiap kes secara serius."

Kepada soalan lain mengenai Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) yang baru-baru ini memberi amaran kepada pentadbir sistem mengenai serangan baru-baru ini terhadap laman-laman sesawang Malaysia sejak 28 Ogos 2019, Al-Ishsal berkataan kenyataaan-kenyataan hanya akan dikeluarkan apabila ada keperluan.

"Ia melibatkan keselamatan siber. Berilah kepercayaan kepada kami (pihak berkuasa dan agensi-agensi)  untuk melakukan penyiasatan.  Dan tolonglah hargai bahawa kami mahu menyelamatkan negara ini," katanya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan