AM

Empat wanita tawar khidmat seks di rumah urut ditahan di Miri

30/08/2019 04:15 PM

MIRI, 30 Ogos (Bernama) -- Polis menahan empat wanita warga asing bekerja sebagai tukang urut, kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah premis refleksologi, di Jalan North Yu Seng malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, empat wanita yang berumur 25 dan 48 tahun itu ditahan di dalam serbuan pada pukul 11.50 malam, setelah polis menerima maklumat berkenaan kegiatan pelacuran ditawarkan di dalam premis tersebut.

"Polis turut merampas sebotol pelincir jenama Durex, satu buku paspot milik warga China dan tiga keping kad permit kerja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata, kesemua suspek yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran.

Menurutnya, mereka yang ditahan turut disiasat di bawah seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan paspot dan permit kerja yang telah dikeluarkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan