SUKAN

Gimnas artistik buru mata Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Kejohanan Dunia Oktober ini

28/08/2019 09:28 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos --  Tiga gimnas artistik negara -- Tang Ing Yueh, Tracie Ang dan Farah Ann Abdul Hadi berdepan dengan tugas getir untuk memburu mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman, dari 4 hingga 13 Okt ini.

Jurulatih negara, Nataliya Sinkova berkata ketiga-tiga gimnas tersebut perlu mengumpul lebih 52 mata keseluruhan dalam tiga acara pada kejohanan dunia itu bagi memburu slot ke Tokyo.

“Kejohanan dunia ini merupakan impian kami untuk layak ke Sukan Olimpik 2020. Selain itu,  ia turut menjadi ujian sebelum menghadapi Sukan SEA Filipiona 2019, November ini,” katanya pada sidang media Team Malaysia di sini hari ini.

Mengulas persediaan Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 Nov hingga 11 Dis ini, Sinkova berkata Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) berkata selain tiga gimnas ke kejohanan dunia itu, turut dipilih ialah Rachel Yeoh Li Wen dan Nur Azira Aziri.

Beliau mengakui menyasarkan untuk menyapu bersih empat emas ditawarkan pada Sukan SEA Filipina iaitu dalam acara wanita senam lantai, batang titian, melombol dan palang bertingkat.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan cabaran sengit dari Indonesia, Vietnam dan Singapura namun anak buahnya bersedia menyahut cabaran tersebut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan