KOTA KINABALU, 27 Ogos (Bernama) -- Enam pensyarah dianugerah empat pingat emas dan dua gangsa di International University Carnival on e-Learning (IIDEL) yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Sarawak baru-baru ini.
Di karnival itu yang diadakan pada Khamis, pensyarah itu mengemukakan enam inovasi yang menggabung platform teknologi bagi penyampaian pendidikan berkualiti.
Universiti itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pemenang pingat emas ialah Dr. Leau Yu Beng, Dr. Esther Jawing, Siti Hasnah Tanalol dan Deena Clare Thomas.
Profesor Madya Dr. Maher Fouad Sefein Beshay dan Asni Tahir dianugerah pingt gangsa.
Leau dan pasukannya memajukan “DeColourAR: An Augmented Reality Aquarium Colouring Learning Book” bagi menerap pembelajaran interaktif dalam kalangan kanak-kanak.
Siti Hasnah menampilkan apliksai bagi mengajar bahasa Jawi menggunakan “augmented reality” berjudul Belajar Angka Jawi menggunakan Aplikasi Mobile AR.
Esther menyahut cabaran memperbaiki kemahiran penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajarnya dengan menggabungkan “GVScapes: Mobilising the Scavenger Hunt bagi pembelajaran Bahasa Inggeris ke dalam kurikulum kursusnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial