KOTA BHARU, 26 Ogos (Bernama) -- Polis Kelantan tidak menerima apa-apa laporan mengenai tindakan mana-mana pihak yang memasang bendera terbalik di Kelantan setakat ini, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Muhamad Piah.
Bagaimanapun, dalam masa sama beliau berkata pemantauan sentiasa dilakukan di semua tempat sama ada di premis kediaman, perniagaan mahupun sekolah.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ada individu di sebuah premis kediaman dekat sini yang dikatakan memasang bendera dalam keadaan terbalik sebagaimana yang ditularkan di dalam media sosial beberapa hari lalu.
"Daripada siasatan yang dijalankan kita dapati individu berkenaan dikatakan terjumpa bendera yang terkoyak sebelum dipasang dirumahnya.
"Bagaimanapun, selepas ditegur jirannya bendera dipasang rupa-rupanya terbalik, dia segera menukarnya kepada posisi yang betul," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Jelasnya perkara itu selesai setakat itu sahaja dan tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial