KENINGAU, 26 Ogos (Bernama) -- Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Rasinin Koutis mengajak rakyat di daerah ini supaya menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan.
Menurut beliau, kesatuan semua pihak sangat penting bagi membuktikan kecintaan terhadap negara termasuk mengibarkan Jalur Gemilang.
“Mengibarkan jalur gemilang merupakan terjemahan kepada kesyukuran kita terhadap negara Malaysia yang tercinta ini.
"Dengan melakukan sedikit pengorbanan seperti mengibarkan Jalur Gemilang akan memperkukuhkan semangat patriotsime kita terhadap negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Merdeka @ Komuniti Kampung Merampung di sini, hari ini.
Menurutnya, dalam menyemai sikap bersatu hati perlu mengenepikan fahaman politik masing-masing bagi memastikan perpaduan di kalangan rakyat sentiasa utuh.
Terdahulu di Senagang, Rasinin menyambut ketibaan 30 kenderaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang dari Tenom yang disertai pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Sabah.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan kemudian menyertai konvoi tersebut ke Majlis Merdeka @ Komuniti Kampung Merampung sebelum melakukan pelepasan bagi perjalanan seterusnya ke daerah Tambunan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial