KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita Indonesia dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis, minggu lepas.
Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhi keputusan itu terhadap Asmawaty Juanda, 25, selepas wanita itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Asmawaty dituduh meminta RM50 daripada seorang anggota polis bagi tujuan pelacuran di tepi jalan di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini pada 4.15 petang 12 Ogos.
Timbalan Pendakwa Raya Wafa Zainal Abidin melakukan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dia dituduh mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial