KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Skuad basikal trek remaja negara terus mempamerkan aksi hambar setelah gagal menguasai podium pada hari kedua Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Dunia UCI 2019 di Velodrom Oderhalle, Frankfurt, Jerman pada Khamis (Jumaat di Malaysia).
Muhammad Ridwan Sahrom menduduki tempat ke-11 daripada 12 pelumba dalam acara keirin lelaki, menurut laman web rasmi kejohanan https://jwm-frankfurt.de.
Rakan sepasukan, Ahmad Safwan Ahmad Nazeri pula gagal mara ke suku akhir selepas meraih tempat keempat daripada lima pelumba dalam saringan kelima penyingkiran pusingan pertama.
Pelumba Greece Konstantinos Livanos, memenangi pingat emas selepas melepasi garisan penamat dengan catatan 10.442 saat diikuti pelumba Australia, Sam Gallagher pingat perak manakala pelumba India Esow Esow gangsa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial