AM

Sebuah pencawang telekomunikasi musnah dalam kebakaran di Felda Sungai Sayong

14/08/2019 05:45 PM

JOHOR BAHRU, 14 Ogos (Bernama) -- Sebuah pencawang telekomunikasi musnah dalam kebakaran di Jalan 93, Felda Sungai Sayong dekat Kulai, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 6.34 petang memaklumkan mengenai kebakaran pencawang telekomunikasi berukuran 18 meter itu.

"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dengan kekuatan anggota seramai enam bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

"Pihak bomba kemudian melakukan pemadaman dengan menggunakan dua unit alat pemadam api jenis debu kering kerana tiada akses jentera untuk masuk ke lokasi kebakaran berikutan laluan merupakan ladang kelapa sawit," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rafi berkata bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. Beliau berkata operasi berkenaan berjaya ditamatkan pada 7.41 malam.

"Punca, peratus kebakaran serta anggaran kerugian masih didalam siasatan," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan