AM

Tiga anakanda Sultan Mizan dahului penerima darjah kebesaran Terengganu

22/07/2019 10:41 PM

KUALA TERENGGANU, 22 Julai (Bernama) -- Tiga anakanda Sultan Mizan Zainal Abidin mendahului 53 penerima gelaran dan bintang darjah kebesaran negeri Terengganu 2019 yang berlangsung hari ini.

Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menganugerahkan kepada anakandanya Tengku Nadhirah Zahrah gelaran Tengku Puteri Utama Raja manakala Tengku Muhammad Mua'az dianugerah gelaran Tengku Setia Mahkota Raja.

Seorang lagi anakanda baginda, Tengku Fatimaruz Zahra' dianugerahkan gelaran Tengku Puteri Daulath Raja.

Selain itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dianugerah gelaran Tengku Seri Bijaya Raja dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk A. Rahman Yahya dianugerahkan gelaran Datuk Bentara Dalam. 

Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar pula menerima Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat pengurniaan gelaran dan bintang-bintang darjah kebesaran negeri itu berlangsung di Istana Syarqiyyah, di sini.

Sementara itu, sembilan individu lagi menerima Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D. P.M.T) yang membawa gelaran Datuk iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Yahya Ali; Pegawai Kewangan Negeri Mohd Zahari Md Azahar; Pengarah Tanah dan Galian Zainal Abidin Hussin; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) Md Kamaru Al-Amin Ismail; Bendahari Negeri Mohd Shukri Azam; Dato' Pengelola Bijaya Diraja Mohd Azmi Mohammad Daham; Pegawai Khas Sultan Mizan Mohd Rosli Janah; Pengurus Besar Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) Che Mat Din Ismail dan Pengurus Pengeluaran Exxon Mobil See Kok Yew.

Seramai 10 individu menerima anugerah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z) iaitu Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Satiful Bahari Mamat; Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Mat Azmi Arshad; Pengarah Yayasan Islam Terengganu Ahmad Azmi Md Salleh; Pegawai Daerah Kemaman Osman A. Bakar; Pegawai Daerah Besut Rozali Salleh; Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah Dr Nor Azimi Yunus; Pengurus Besar Ketengah Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa; Setiausaha Sulit Sultan Mizan Hadi Hassan; Juruiring Sultan Mizan DSP A. Azmi Mohd Kasim dan Penolong Ketua Istiadat Shafee Omar.

Enam individu menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Terengganu (S.M.T), iaitu Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Dr Alias Razak; Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Mohd Nor Hamzah; Pentadbir Tanah Marang Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak; Timbalan Pengarah, Pejabat Tanah dan Galian Terengganu Wan Khalid Wan Jusoh; Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Terengganu Azhar Jusoh dan Pegawai Syariah Wan Abd Malik Wan Sidek.

Pada majlis sama Sultan Mizan turut berkenan menyampaikan anugerah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (A.M.Z) kepada tujuh individu iaitu Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Dr Azman Ibrahim, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Ahmad Farhan Abdul Wahab; Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Ahmad Faris Abdul Razak; Setiausaha DUN Zulkifly Isa; Ketua Penolong Pesuruhjaya Syed Nazmi Tuan Taufek; Penolong Pengelola Mohd Zulhilmi Harun dan Setiausaha Kerja, Yayasan Diraja Sultan Mizan Mohd Azrul Ismail.

Seramai 12 individu lagi menerima darjah Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T) iaitu Yang Dipertua Majlis Daerah Besut Ahmad Azizi Zulkifli; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun Lizan Che Mat; dua orang Ketua Penolong Pesuruhjaya Nik Zulhaiza Ismail dan Lothman Awang; Atlet SUKMA dan Kebangsaan Nafiizwan Mohd Adnan; Penolong Akauntan Rohasniza Abdullah, dua pembantu tadbir Rosle Ismail dan Tengku Mohd Ariff Tengku Dalam; dua Sarjan Pengiring Rapat Sjn Rusli Matarsha dan Sjn Mohamad Bordin Che Seman; Sarjan Pegawai Rapat Sjn Noraini Abdullah dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik DSP Ismail Man.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan