AM

Laluan kawasan perindustrian Bukit Rambai ke Jeti Tanjung Bruas ditutup tiga hari

18/07/2019 01:42 PM

MELAKA, 18 Julai (Bernama) -- Penutupan dan lencongan beberapa jalan akan dilakukan secara berperingkat dari Kawasan Perindustrian Bukit Rambai ke Jeti Tanjung Bruas selama tiga hari bermula esok bagi memberi laluan kepada operasi mengangkut muatan kargo sepanjang 100 meter.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata penutupan itu dibuat bagi memastikan operasi mengangkut muatan kargo 'vessel' bersaiz 99.33 meter (m) (panjang) x 5.13 m (lebar) x 6.726 m (tinggi) berjalan lancar.

Beliau berkata permit tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Melaka kepada syarikat yang mengangkut kargo iaitu Syarikat Aman Logistik Sdn Bhd bagi pemilik vessel, Tetuan KNM Sdn Bhd, semalam.

"Penutupan laluan yang terlibat esok  ialah Kawasan Perindustrian Bukit Rambai menghala ke Taman Tanjung Minyak Perdana bermula 9 pagi hingga 12 Tengah hari, Manakala Taman Tanjung Minyak Perdana melalui lebuhraya SPA hingga ke simpang Sungai Udang bermula 9 pagi hingga 5 petang, pada Sabtu.

"Selain itu, jalan yang terlibat adalah laluan Simpang Sungai Udang ke Jeti Tanjung Bruas bermula pukul 4 pagi hingga 12 tengah malam," katanya di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri di sini, hari ini. 

Mohd Sofi juga Anggota Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal berkata justeru, kerajaan negeri menafikan dakwaan bahawa operasi mengangkut muatan kargo sepanjang 100m itu mengakibatkan kesulitan kepada masyarakat setempat yang tular di media sosial.

-- BERNAMA       


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan