GEORGE TOWN, 17 Julai (Bernama) -- Acara larian yang menggalakkan pesertanya memakai pakaian tradisional bakal diadakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada 15 Sept ini bersempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.
Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang Soon Lip Chee hari ini berkata larian santai ‘LLM Maju Cultural Night Run 2019’ itu akan menjadi acara pertama seumpamanya diadakan di negara ini yang melibatkan pesertanya berlari sejauh 7km.
"Acara sebegini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan lagi aktiviti pelancongan ke Pulau Pinang serta memperkenalkan kepelbagaian budaya penduduk Malaysia," katanya ketika melancarkan majlis promosi larian itu di sini.
Menurutnya tarian dan persembahan seperti pertunjukan Boria, Tarian Chingay, Bhangra dan tarian Melayu tradisional akan diadakan di sepanjang laluan acara larian itu yang dianjurkan kerajaan negeri bersama-sama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), dan Koperasi LLM Berhad.
Orang ramai yang berminat menyertai larian ini boleh mendaftarkan diri di laman sesawang https://howei.com/event_details/culturalnightrun2019 atau muat turun aplikasi 'jom run' di http://jomrun.com/event/llm-maju-cultural-night-run-2019 bermula 20 Jun sehingga 31 Julai 2019.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial