KUALA LUMPUR 16 Julai (Bernama) -- Sembilan atlet gimnastik negara bakal menyarungkan pakaian rasmi dan mempamerkan kit sukan baharu yang direka oleh pereka fesyen terkenal Malaysia, Melinda Looi pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Dunia 2019 yang diadakan dari 19 hingga 21 Julai di Moscow, Rusia.
Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) dalam kenyataan berkata kerjasama dengan Looi merupakan sebahagian usaha MGF untuk mengukuhkan identiti korporatnya, bagi menyatakan penghargaan terhadap gimnastik dalam landskap sukan Malaysia.
Beberapa entiti korporat yang telah menjanjikan sokongan mereka sebagai penaja visi baharu MGF termasuk Kenanga, Yayasan CIMB dan Cosway.
Rekaan semula pakaian seragam atlet gimnastik ini merupakan antara langkah pertama ke arah amalan (mengukuhkan identiti korporat) dan sebahagian daripada kedudukan imej keseluruhan MGF.
MGF juga akan mengadakan jualan produk dengan rekaan baharu ini.
Looi merupakan pereka fesyen Malaysia yang memenangi banyak anugerah dan mereka pakaian seragam atlet kebangsaan Wira Malaysia yang pertama kali dipaparkan pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.
Koleksi itu mewakili penghormatan Looi kepada atlet Malaysia yang diibaratkan sebagai wira zaman moden dan diilhamkan oleh harimau iaitu haiwan kebangsaan negara dan simbol keberanian dan kekuatan dalam Jata Negara.
-- BERNAMA
KI2 ZUZ HAZ
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial