KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Seramai 25 pemain dipilih oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 15 tahun (B-15), P. Maniam bagi menyertai Kejuaraan Persatuan Bola Sepak China (CFA) B-15 yang berlangsung di Haikou City, China dari 16 hingga 23 Julai ini.
Antaranya ialah Raja Muhammad Haikarl Raja Mohammad Zahari, pelatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang terpilih menjalani latihan bersama Akademi Kelab Bola Sepak Profesional Liga 1 Jepun, Cerezo Osaka di Osaka, Jepun Ogos depan.
Skuad B-15 akan berlepas ke China esok (16 Julai) dan akan memulakan kempen kejuaraan menentang Iran pada 18 Julai, China (20 Julai) dan Korea Utara (22 Julai).
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan bahawa penyertaan tersebut adalah sebagai persiapan untuk menghadapi Kejuaraan B-15 AFF 2019 yang akan bermula dari 24 Julai hingga 10 Ogos depan di Chonburi, Thailand.
Selepas kejuaraan di China, 23 pemain akan dipilih untuk ke Chonburi, Thailand pada 23 Julai bagi menghadapi Kejuaraan B-15 AFF 2019.
Skuad bimbingan Maniam diundi dalam Kumpulan B bersama-sama tuan rumah Thailand, Laos, Kemboja, Brunei dan Australia.
Malaysia akan berdepan Brunei dalam aksi pembuka tirai pada 28 Julai sebelum menentang Kemboja (30 Julai), Australia (1 Ogos), Laos (3 Ogos) dan Thailand (5 Ogos).
Untuk rekod, Malaysia muncul juara pada edisi 2013 menewaskan Indonesia 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.
Namun, Malaysia sekadar menamatkan edisi tahun lepas di tempat ketiga selepas menang tipis 1-0 ke atas Myanmar.
Senarai akhir 25 pemain skuad kebangsaan B-15:
Penjaga gol: Zulhilmi Sharani, Ahmad Azeem Izhar Ahmad Faizal, Adika Arman Azmi (AMD B-15).
Pertahanan: Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar, Adam Daniel Mohamad, Muhammad Kholil Ahmad Azian, Adam Farhan Mohd Faizal, Muhammad Alif Farhan Fauzi, Ahmad Rozaini Abu Bakar, Muhammad Yasser Sarifuddin (AMD B-15).
Tengah: Mohammad Afiq Amsyar Mohd Zarizal, Mohammad Ashraf Ahmad, Muhammad Adam Uwais Mohd Armi, Danish Irfan Ezal, Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin, Muhammad Izrin Ibrahim, Wan Muhammad Hakim Wan Mohd Nazri, Raja Muhammad Haikarl Raja Mohammad Zahari (AMD B-15); Irfan Shakimi Shahrizal (JDT B-15); Radzilah Helmi Roizat (SMK Ibrahim Fikri).
Penyerang: Mohamad Khairil Mohd Zain, Muhammad Aliff Izwan Yuslan, Muhammad Shahril Sobri, Zubaidi Mohd Buang (AMD B-15), Muhammad Harry Danish Mohd Haizon (SSTMI B-15).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial