AM

12 individu ditahan dalam Ops Mule

10/07/2019 02:21 PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Polis menahan 12 individu termasuk seorang wanita dalam Ops Mule yang dijalankan selama dua minggu bermula 13 Jun lepas, di sekitar Subang Jaya dekat sini. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Risikin Satiman berkata semua 10 lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki warga Afrika itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan dengan anggaran kerugian RM148,000.

"Suspek terlibat dalam kegiatan seperti Macau Scam, pinjaman tidak wujud dan penipuan jual beli barang dalam talian," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata kesemua ditahan merupakan pemilik akaun (mule account) yang digunakan untuk melakukan kegiatan penipuan

"Siasatan awal mendapati suspek memperoleh komisen daripada kegiatan penipuan yang dilakukan oleh sindiket," katanya dan menambah Ops Mule akan terus dilakukan bagi mengekang kegiatan jenayah komersial di sekitar Subang Jaya. 

-- BERNAMA 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan