AM

Pekerja balak maut dihempap pokok

06/07/2019 09:20 PM

KUALA KANGSAR, 6 Julai (Bernama) -- Seorang pekerja pembalakan maut akibat dihempap dahan kayu yang dianggarkan berukur lilit 40 sentimeter di kawasan penebangan balak di Sungai Akar, Sayong dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa Chan Kok Loi, 63, yang memandu jentolak keluar dari jenteranya untuk melihat pokok yang akan dibuang. 

"Tiba-tiba satu dahan besar jatuh menghempap mangsa. Anak mangsa yang memandu jentolak (excavator) kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian segera mendapatkan ayahnya dan para pekerja lain memotong dahan untuk mengangkat mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari. 

Razali berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan sebaik tiba di Hospital Kuala Kangsar yang terletak kira-kira 20 kilometer dari kawasan pembalakan itu.

Hasil bedah siasat yang dijalankan pada pukul 2 petang tadi, katanya, mendapati kematian adalah akibat kecederaan parah pada kepala.

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan