AM

Lebih 2,000 cef bertarung kemahiran masakan di Alor Setar

02/07/2019 06:27 PM

PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Kira-kira 2,000 cef tempatan dan antarabangsa akan berkumpul di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada Disember ini bagi menampilkan kemahiran memasak masing-masing pada pertandingan World Chefs Championship.

Pertandingan anjuran Persatuan Masters Kulinari Malaysia tajaan VESTA International Culinary Group yang akan berlangsung pada 13 dan 15 Disember itu bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records untuk kategori masakan terbanyak dan juri paling ramai kerana melibatkan 14 kategori dan 69 juri masakan.

Ketua Pegawai Eksekutif VESTA Yap Bok Tuck berkata lebih 300 peserta termasuk dari Thailand, Taiwan, China dan Singapura sudah mendaftar menyertai pertandingan itu setakat ini.

“Peserta pertandingan disyaratkan menggunakan hasil pertanian agro sebagai bahan dalam masakan masing-masing,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran awal pertandingan itu oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub di sini hari ini.

Sebanyak 14 kategori utama perlu dipenuhi setiap peserta iaitu patisserie, paparan sejuk, dim sum, kuih tradisional Melayu, masakan panas, masakan Jepun, artistik, persembahan, cabaran pub, persembahan yang memaparkan kemewahan makanan, kemahiran memotong daging, cabaran barista, warga emas dan vegetarian, katanya.

"Penyertaan suri rumah, pelajar kulinari, pemilik restoran atau katering amat dialu-alukan,”katanya.

Peserta tidak dibenarkan menyediakan hidangan yang mengandungi daging khinzir dan alkohol sebagai bahan masakan kerana World Chefs Championship ialah sebuah pertandingan berkonsepkan mesra semua kaum di Malaysia, katanya.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan