AM

Perlis hadapi kekangan baiki paip air uzur

30/06/2019 04:33 PM

KANGAR, 30 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perlis berdepan kekangan untuk membaik pulih kira-kira 1,900 km paip-paip utama di negeri ini kerana ia memerlukan peruntukan yang besar.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata kira-kira RM1.9 bilion diperlukan untuk membaik pulih paip-paip berkenaan yang hampir kesemuanya uzur dan setiap satu kilometer memerlukan perbelanjaan sekitar RM1 juta.

"Kerajaan Perlis tak mampu nak perbaiki semua paip-paip utama di negeri ini kerana ia memerlukan peruntukan begitu besar. 

 Ia akan diganti secara berperingkat dan berterusan bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh pusat,” kata Azlan ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Perdana Belia Negara peringkat negeri sempena sambutan Hari Belia Negara di sini hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena daripada PKR, Asrul Nizan Abd Jalil baru-baru ini berkata Perlis mencatat kadar 'air tanpa hasil' (NRW) yang tinggi berpunca daripada kebocoran paip dan kecurian air, dan mahu kerajaan negeri mengatasi masalah itu.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan