AM

Ops Bersepadu tangani jenayah di Sandakan

20/06/2019 07:38 PM

SANDAKAN, 20Jun (Bernama) -- Polis telah mengadakan Operasi Bersepadu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasa yang bertujuan untuk menangani jenayah, masalah kebanjiran pendatang tanpa izin dan penyalahgunaan dadah.

Operasi di 3 lokasi tumpuan yang bermula jam 3 pagi itu telah berjaya menahan seramai 65 orang pendatang tanpa izin yang terdiri dari 43 orang lelaki dan 22 perempuan berumur antara 17 hingga 65 tahun dan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen untuk proses dokumentasi dan dan tindakan lanjut.

Dalam kes berasingan, polis berjaya menumpaskan kes pecah rumah rentas daerah apabila pada 19 Jun polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 25v tahun berasal dari Kota Kinabalu yang datang ke daerah ini untuk melakukan pecah rumah dan pejabat yang dikehendaki oleh polis di beberapa daerah berkaitan pecah rumah ketika mengadakan rondaan cegah jenayah, ops pintu dan cantas.

Selain itu pihak polis turut berjaya menyelasaikan kes jenayah pecah rumah dan samun dan merampas peralatan yang digunakan serta menemui semula barangan yang hilang selepas menahan 34 orang yang dipercayai terlibat dengan jenayah pecah rumah, curi harta benda dan samun hasil kerjasama orang ramai dan tindakan proaktif pihak polis. 

-- BERNAMA
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan