KOTA BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) belum menerima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai presiden persatuan itu, selepas mengumumkannya menerusi Facebook rasminya hari ini.
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut, melalui media sosial yang kini tular.
"Setakat ini tiada surat bertulis yang diberikan presiden, kepada urusetia KAFA bagi memaklumkan perkara tersebut. Jika betul peletakan jawatan, ia perlu dilakukan secara rasmi (bertulis) kepada kami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Hari ini Bibi Ramjani mengumumkan melepaskan jawatan presiden KAFA selepas dipilih sebagai presiden pada Kongres Tahunan KAFA kali ke-63 pada 17 Sept 2017.
Afandi berkata sekiranya pihaknya menerima surat rasmi berhubung peletakan jawatan itu satu mesyuarat Exco akan dipanggil bagi membincangkan perkara berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial