AM

Keputusan tawaran matrikulasi kepada pelajar B40 diumum esok

16/06/2019 12:02 PM

PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Keputusan tawaran baharu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Sesi 2019/2020 akan diumumkan esok (17 Jun), jam 12.00 tengah hari.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan berkata pengumuman tersebut selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei lalu yang bersetuju untuk menawarkan tempat kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM dari golongan B40 untuk mengikuti program tersebut.

"Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang telah membuat permohonan dan juga pernah mengemukakan rayuan sebelum ini boleh menyemak keputusan dengan melayari laman web KPM di www.moe.gov.my," katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan